Lokasi : Berhampiran Pasar Besar Muadzam Shah.
SSM : Mahzar Enterprise.
Waktu Operasi : 7.00 pagi - 12.30 Pagi.
Tutup : Sabtu / Cuti Emergency
Perniagaan Warung Nasi Kerabu Che Na yang terletak berhampiran dengan Pasar Besar Muadzam Shah telah beroperasi sejak tahun 2011, diusahakan oleh Che Na sendiri dan juga turut dibantu oleh 2 orang pekerja. Warung ini mengetengahkan NASI KERABU sebagai sajian makanan utama yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Disamping itu, warung ini bukan sahaja menyediakan NASI KERABU sebagai hidangan, malah terdapat juga hidangan-hidangan lain yang disediakan, seperti nasi lemak, nasi minyak, laksam, lontong, dan banyak lagi. Warung nasi kerabu che na setakat ini hanya menyediakan aneka masakan sarapan pagi yang mampu membuka selera anda dari jam 7.00 pagi sehingga 12.30 pagi !
Nasi Kerabu Che Na bukanlah sesuatu yang baru dikalangan masyarakat Muadzam Shah. Sebelum ini, perniagaan ini telah diusahakan secara kecil-kecilan sejak tahun 2000 lagi. Yakni, Nasi Kerabu, Nasi berlauk ayam/ikan ini telah dibungkus dan ditinggalkan digerai kuih yang juga berdekatan dengan pasar muadzam shah. Dan kepada anda yang masih belum berkesempatan untuk cuba bersarapan disini, moh lerr kiteee mengetehhh!! HAHAHA..

Rugi kalau tak cuba adik kakak ! Datang jangan tak datang... ^_^
No comments:
Post a Comment