Thursday, November 5, 2015

Kena datang, Kena Cuba !


Tak boleh jadi kalau cuma dengar orang bercakap - sedap - sedap - sedap. 
Kena cubo sediri adik kakok, baru buleh ngesoh sedap ke dok. 
Puas hati ke dok. Jangan bimbang ! 
Warung bukan sebarang warung, luar warung, dalam jiwa tetap restoran.. HAHAHAHA.. 
Kebersihan kami jaga. Bukan itu sahaja kualiti barang makanan hok molek2..
Ayam kami tok beli sembarangan, beli pasar besar muadzam shah,  boleh check tengok tanyo tokey ayam kalau was-was.. HOHOHO..
Marilah cuba try test.. Puas Hati, Mari Lagi dehhhh..

  Warung Che Na berhampiran dengan pasar besar Muadzam Shah ~ ~

Warung Nasi Kerabu Muadzam Shah

Jemput datang semuaaa!! Warung Che Na berhampiran dengan pasar besar Muadzam Shah ~ ~ 
Hidangan sarapan pagi..

Lambat-lambat nanti habis, kena tunggu esok pulak.. huhuhuh..
Ini cuma sebahagian juadah, ada banyak lagii.. Keno datang warung, cubo sumo deh..
 


Pilih sendiri yang mana berkenan dihati, nak dudok order pon boleh.. Ada pelayan..
Tapi kalau nok segera benar, boleh layan diri - ambil sahaja. Nanti kito ngejah harga..
Takde masalah set-set kito.. Huhuhu..


Jemput makan semua !
Datang Muadzam Shah, jangan lupa singgah..

Menu Warung Che Na

Diantara hidangan yang terdapat diwarung Che Na adalah seperti dibawah :-
Lauk tambahan pon ada..
Memang boleh makan kenyang-kenyang..
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perot suka hati..  Hahaha
Anda bebas nak campur mana-mana lauk asal kena dengan selera anda..
Pilih sahaja yang mana berkenan dihati..
Harga mampu milikk~
Hari-hari hari raya ! HAHAHA..

Warung kami berhampiran Pasar Besar Muadzam Shah, 
Gerai No.3 dari pintu utama..
 
Jemput semua mencuba.. ^_^

Nasi Kerabu Muadzam Shah


Seperti yang diketahui, nasi kerabu adalah berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Walaubagaimanapun, pada masa kini nasi kerabu boleh didapati dimana-mana negeri. Tapi kalau ingin rasakan keaslian Nasi Kerabu itu sendiri kenalah pandai cari tempat dan datang sendiri berkunjung di negeri kelahiran Che Na sendiri yakni kelantan. Hehehehe. 

Kepada yang berada di kawasan Muadzam Shah, bolehlah datang rasa nasi kerabu che na yang lokasinya berhampiran pasar besar muadzam shah. Walaupun cuma warung biasa, namun dijamin kebersihannya sangat tipppp toooppp ! Dan kualiti bahan-bahannya sentiasa dijaga, setanding dengan restoran-restoran gahhh. Jadi, jangan was-was, ragu ragu untuk berkunjung ke Warung Che Na, kerana sekali cuba, pasti hari-hari mau~~ Heww22222..


Antara kandungan yang terdapat dalam Nasi Kerabu Che Na ialah Nasi Biru, Nyo Ikan, Budu, Cuka Lada, Keropok, Telur Masin, dan paling special, nasi kerabu che na ada tumisss yang dijaminn rasanya takkan sama dengan tempat lain. Lengkap belako.  Kalau tak percaya, kena cuba dulu lah, baru buleh kecek kiro.. Hhuhuhuhu.Jange bimbey adik kakok, sumo hok ambo sebut diatas dijual dalam satu pakej hargo, bukey asing-asing yakni RM5.50 jahh.. Lengkap dalam satu bungkus, tak lebih tak kurang Insha-Allah. 

Selamat mencuba !

Pengenalan Warung Nasi Kerabu


Lokasi : Berhampiran Pasar Besar Muadzam Shah.
 SSM : Mahzar Enterprise. 
Waktu Operasi : 7.00 pagi - 12.30 Pagi.
Tutup : Sabtu / Cuti Emergency

Perniagaan Warung Nasi Kerabu Che Na yang terletak berhampiran dengan Pasar Besar Muadzam Shah telah beroperasi sejak tahun 2011, diusahakan oleh Che Na sendiri dan juga turut dibantu oleh 2 orang pekerja. Warung ini mengetengahkan NASI KERABU sebagai sajian makanan utama yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Disamping itu, warung ini bukan sahaja menyediakan NASI KERABU sebagai hidangan, malah terdapat juga hidangan-hidangan lain yang disediakan, seperti nasi lemak, nasi minyak, laksam, lontong, dan banyak lagi. Warung nasi kerabu che na setakat ini hanya menyediakan aneka masakan sarapan pagi yang mampu membuka selera anda dari jam 7.00 pagi sehingga 12.30 pagi !

Nasi Kerabu Che Na bukanlah sesuatu yang baru dikalangan masyarakat Muadzam Shah. Sebelum ini, perniagaan ini telah diusahakan secara kecil-kecilan sejak tahun 2000 lagi. Yakni, Nasi Kerabu, Nasi berlauk ayam/ikan ini telah dibungkus dan ditinggalkan digerai kuih yang juga berdekatan dengan pasar muadzam shah. Dan kepada anda yang masih belum berkesempatan untuk cuba bersarapan disini, moh lerr kiteee mengetehhh!! HAHAHA..

Rugi kalau tak cuba adik kakak ! Datang jangan tak datang... ^_^